HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2015

RUU hudud tak boleh ke Parlimen kerana bertentangan dengan Perlembagaan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Gerakan mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau enakmen hudud di Kelantan daripada dibentangkan di Parlimen.
 
Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong berkata, Dewan boleh menolak RUU itu kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.
 
“Mengikut Seksyen 49(2) Peraturan Parlimen, sekiranya terdapat RUU yang tidak selari dengan undang-undang Persekutuan, pihak sekreteriat sepatutnya menolak,” katanya dalam dalam kenyataan media.
 
Yong berkata, ada sesuatu yang tidak kena sekiranya Parlimen membenarkan RUU berkenaan hudud itu dibentangkan.
 
Katanya, jika sebelum ini Parlimen menolak Akta Kerangkuman Sosial daripada dibentangkan dan tindakan sama patut dilakukan terhadap RUU berkenaan hudud yang cuba dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Katanya, Undang-undang Persekutuan perlu diubah sekiranya RUU itu dibentang dan diluluskan.
 
Kelmarin Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu Parlimen sedang mempertimbang untuk menyelitkan usul kerajaan negeri Kelantan meminda Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) pada minggu terakhir sesi Dewan Rakyat kali ini.
 
Beliau berkata berkemungkinan paling awal akan dibahaskan Akta 355 tersebut dalam tiga minggu lagi.
 
Sebelum ini Gerakan memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah  11 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud di bawah perlembagaan.
 
Dalam notis usul itu, Gerakan meminta Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada parti itu untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan bagi membincangkan dan memutuskan persoalan undang-undang sama ada Dun Kelantan mempunyai bidang kuasa menggubal Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015).
 
 

Tiada ulasan: