MALAYSIAKINI
PAS masih belum menerima maklum balas daripada Dewan Rakyat berhubung
notis kedua bagi pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian
dikemukakan ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi
membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Anggota Jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad berkata Abdul Hadi selaku
presiden parti telah mengemukakan notis kedua itu sebelum sesi
persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 bermula Isnin
lepas.
"Setakat ini, kami belum menerima respons daripada (Yang Dipertua Dewan
Rakyat) Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung sama ada Rang
Undang-Undang itu dibenar untuk dibentang dan dibahas," katanya kepada
pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Abdul Hadi pada 19 Mac lepas telah mengemukakan notis di Dewan Rakyat
bagi membawakan Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda Akta 355
(Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965) yang akan membuka
laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat
sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan
lain perlu didahulukan.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun
Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac lepas.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.