Halaman

Isnin, 22 Jun 2015

Aduan: Murid disuruh minum air kencing sendiri

MALAYSIAKINI



 
 
 
Sebuah sekolah di Kedah didakwa mengarahkan murid bukan Islam supaya tidak minum air di dalam kelas, tetapi dalam tandas sekolah.

Malah guru itu juga didakwa berkata jika tiada air, mereka boleh "minum air paip ataupun air kencing sendiri".

Dia didakwa mengeluarkan kenyataan itu dalam sebuah perhimpunan rasmi semalam yang berbunyi:

"Murid-murid yang bukan Islam diingatkan supaya tidak minum air dalam kelas tetapi minum air di tandas sekolah.

“Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip ataupun air kencing sendiri.”

Konteks kenyataan itu dibuat bagaimanapun masih tidak jelas.

Perkara itu dicatatkan dalam aduan yang kini tersebar meluas di Internet, yang turut dikongsi oleh laman pro-BN "Friends of BN - Barisan Nasional'.

Sementara itu, pihak sekolah ketika dihubungi memberitahu Malaysiakini bahawa mereka sedang bermesyuarat susulan dakwaan itu.

Malaysiakini tidak menamakan sekolah itu buat masa ini sementara menunggu reaksi pentadbirannya. 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.