KEMAMAN – “Duit RM1,000 ini saya nak guna untuk tampung belanja makan
sebulan puasa sebab sekarang barang mahal,” kata bapa lima anak, Rozaki
Daud, 48, yang memenangi PR1M selepas tidak putus asa mencuba sejak
Januari lalu.
Menurutnya, dengan kemenangan itu, Ramadan kali ini memberi sedikit sinar kegembiraan buat mereka sekeluarga selepas dirundung duka gara-gara rumah ditenggelami banjir sejak tiga tahun lalu hingga terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000.
“Kalau ada baki, duit hadiah ini saya nak guna untuk beli baju raya anak-anak. Jadi ringanlah sikit bahu saya bulan ini.
“Seumur hidup saya, inilah peraduan pertama yang saya masuk dalam akhbar. Sejak Januari lepas, setiap hari saya hantar penyertaan kerana soalannya sangat senang. Untuk mudahkan saya hantar penyertaan setiap hari, saya beli setem dengan banyak sekali gus,” katanya yang memenangi PR1M siri 31 Mei, ketika dikunjungi di rumahnya di Kampung Tempurung, di sini.
Rozaki yang merupakan penyelia syarikat konsultan industri minyak dan gas, Ranhill Worleyparson berkata, kandungan berita politik Sinar Harian seimbang dan telus membuatkannya melanggan setiap hari sejak dua tahun lalu.
Sementara itu, isterinya, Noraini Abdullah, 45, berkata dia tidak menduga keazaman suami yang tidak jemu menghantar penyertaan PR1M akan membuahkan hasil dan mereka memperoleh rezeki bergolek.
“Alhamdulillah, kami sangat gembira dapat rezeki seperti ini, bolehlah buat top up duit belanja makan sebab sejak bermula puasa beberapa hari lalu, saya perasan banyak bahan mentah sudah naik harga,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.