Halaman

Khamis, 4 Jun 2015

'Duit tak hilang, kenapa glamorkan Jho Low?'

MALAYSIAKINI


 


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah enggan menyentuh tentang dakwaan penglibatan Jho Low dengan 1MDB kerana hartawan itu “tidak perlu diglamorkan”.

Husni berkata hanya media melaporkan bahawa Jho Low memiliki Good Star Limited, syarikat yang dikaitkan dengan usahasama 1MDB dan PetroSaudi beberapa tahun lalu.

Dilaporkan usahasama itu menyebabkan Good Star memperoleh AS$700 juta.

“Saya tak mahu sebut Jho Low ini kerana saya tak mahu glamorkan dia. Tidak ada pengesahan. Apa yang saya kaji dari media,” katanya.

Husni juga berkata PetroSaudi menyalurkan wang itu kerana Good Star anak syarikatnya.

Syarikat itu juga membuat laporan polis London menafikan laporan itu.

“Wang itu tidak hilang, jadi tidak ada keperluan untuk mempersoalkan tentang Jho Low," kata beliau dalam dialog khas "1MDB: Di Mana Wangnya?" Di RTM sebentar tadi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.