Halaman

Ahad, 21 Jun 2015

Gabungan pembangkang: Mat Sabu tak tahu

MALAYSIAKINI


 


Mohamad Sabu berkata, pembentukan pakatan baru pembangkang ekoran penubuhan 'parti baru' yang diperkatakan sesetengah pihak di luar pengetahuannya.

Bekas Timbalan Presiden PAS yang kalah kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu berkata, terserah kepada parti yang sedia ada di dalam Pakatan Rakyat sama ada untuk menerima atau tidak parti baru tersebut.

Katanya, dia sendiri tidak pasti sama ada parti baru itu benar-benar akan tertubuh atau tidak dan bagaimana pula penerimaan parti sedia ada.

"Menerima atau tidak? Kalau ada parti baru, mereka tak terima, dia akan jadi parti biasa," katanya.

Menurut Mohamad, dalam tempoh sebulan ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Mengenai kemungkinan beliau akan menyertai parti baru itu jika benar-benar tertubuh nanti, Mohamad berkata, hubungannya dengan PAS, PKR dan DAP masih kekal baik.

"Untuk masa ini saya tak pasti. Tapi tunggu hingga hari raya," katanya.

Gugur setandan

Menyentuh mengenai kekalahannya sebagai timbalan presiden, Mohamad berkata beliau tidak kecewa dengan kekalahan tersebut sebaliknya mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang dilihat melakukan "pembersihan etnik" dalam parti Islam itu.

"Muktamar kali ini bukan soal kalah, menang. Soalnya pembersihan etnik. Itu yang jadi persoalan. Saya biasa kalah, banyak kali. Kalah (untuk jawatan) ketua pemuda, jawatankuasa PAS Pusat, saya biasa kalah.

"Naib presiden saya kalah dua kali sebelum saya menang. Timbalan pun begitu. Tapi kali ini saya rasa bukan soal kalah (tetapi) soal pembersihan etnik.

"Saya ahli biasa. Saya tiada kuasa apa-apa sekarang. Yang (sepatutnya) menyelesaikan masalah, mereka yang terpilih itu, sebab (pemimpin yang kalah bagai) gugur setandan. Biarkan mereka selesaikan masalah ini," katanya lagi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.