Ketika media dan pelbagai pihak mula memikirkan isu 'kata dua' diberi Datuk Seri Najib Razak kepada anggota kabinetnya, Naik Presiden PKR Rafizi Ramli pula beranggapan tiada perubahan berlaku selepas ini.
"Saya secara peribadi tidak fikir gesaan untuk keluar dari kabinet akan membawa sebarang perubahan.
"Konsep bertanggungjawab secara kolektif dan peletakan jawatan kerana perbezaan polisi adalah untuk kabinet yang dianggotai tokoh bermaruah dan tiada di sini," katanya kepada Malaysiakini.
Ahli Parlimen Pandan itu memberi komen kepada laporan perdana menteri yang memberitahu anggota kabinet supaya meletak jawatan jika berbeza pendapat dalam isu 1MDB.
Bagaimanapun, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, tiada kata dua diberikan Najib, sebaliknya perdana menteri menekankan keperluan semua menteri bersatu dalam isu berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.