Beliau berkata pada masa sama, kementerian secara berjadual juga akan mengurangkan jumlah tempat yang dibenarkan menjual rokok.
"Ini adalah antara dua strategi untuk mengawal dan mengurangkan jumlah perokok.
"Dan akhirnya nanti kita ada harapan untuk mengisytiharkan negara bebas daripada rokok walaupun kita tak tahu bila ia akan tercapai," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata langkah jangka panjang lain yang akan diambil dalam merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia negara bebas rokok adalah dengan menaikkan harga serta duti bahan itu.
Pada majlis itu, Dr Subramaniam turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 6 peruncit dan peniaga di Kompleks E di Putrajaya yang secara sukarela menghentikan penjualan rokok di premis masing-masing.
Sambil memuji inisiatif tersebut, beliau berharap lebih banyak peruncit dan peniaga di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini mengikut jejak sama.
Beliau berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab menjaga kesihatan rakyat, adalah wajar pengukuhan larangan merokok dimulakan di kementerian tersebut.
Selain itu, semua kakitangan di kementerian yang merokok diarah mengikuti program berhenti merokok, manakala kakitangan yang tidak merokok diberi pendedahan tentang bahaya asap rokok. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.