Rizal Mansor mengesahkan Natasha Mirpuri
adalah pereka fesyen kegemaran Rosmah tetapi menafikan segala
perbelanjaan dibutiknya dibayar Jho Low
PETALING JAYA: Pembantu Peribadi Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Jho Low, membiayai perbelanjaan mewah isteri Perdana Menteri.
Datuk Rizal Mansor berkata, laporan Sarawak Report yang mendakwa Jho Low bertanggungjawab memasukkan wang ke akaun pereka fesyen, Natasha Mirpuri, untuk membayar segala perbelanjaan Rosmah adalah mengarut dan fitnah.
“Berita sampah. Ia satu penipuan dan menfitnah,” kata Rizal seperti yang dilaporkan Malay Mail Online.
Dia mengakui Natasha merupakan pereka fesyen kegemaran Rosmah tetapi dakwaan lain sebagaimana yang dilaporkan Sarawak Report itu tidak benar.
Laporan itu mendakwa, Natasha, pemilik syarikat Khazanah Ciptaan yang memiliki butik ‘Mantra’ di Hotel Raffles, Singapura, bertanggungjawab membuat bayaran rasmi bagi barangan kemas dan pakaian Rosmah.
Ia juga mendakwa, setiap hari Rosmah dikunjungi tiga pemilik jenama barangan kemas terkemuka dengan nllai jualan RM10.5 juta atau USD3 milion.
“Jika benar laporan ini, Rosmah boleh membuka kedai barang kemas. Dalam sebulan bukan sahaja kedai malah boleh membuka pusat beli belah barangan kemas,” kata Rizal.
Katanya, Sarawak Report tidak pernah menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan atau maklumat sebelum menyiarkan artikel.
“Mereka tidak beretika. Apa lagi anda harapkan?” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.