BACHOK - Jika dahulu pemeliharaan beruk lazimnya hanya didominasi
golongan veteran, namun kini minat itu mula terarah kepada golongan muda
belasan tahun.
Situasi itu dapat dilihat dalam siri pertandingan beruk di sekitar negeri ini yang menampilkan pemilik beruk berusia di bawah 20 tahun.
Bagi seorang anak muda, Amar Azmi, 18, berbekalkan wang simpanan RM30 ketika di tahun enam, dia kini berbangga apabila memiliki lima beruk yang memberinya pulangan hingga RM150 sehari hasil upah memetik kelapa.
Amar berkata, pada awalnya dia hanya melatih beruk untuk memanjat pokok kelapa, tetapi kini dia turut membawa beruk miliknya menyertai pertandingan untuk menguji kepantasan haiwan berkenaan.
“Saya teruja menyertai pertandingan seperti ini kerana di sini akan jadi medan menguji kemampuan saya yang mula melatih beruk sejak enam tahun lalu.
“Di sini juga saya berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dengan pelatih beruk yang lebih ‘senior’ kerana sebelum ini saya hanya melatih beruk ikut cara tersendiri,” katanya ketika ditemui pada pertandingan beruk pantas anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, dekat sini.
Lebih 70 beruk memeriahkan pertandingan itu sempena sambutan karnival sukan peringkat sekolah berkenaan.
Pertandingan itu turut disertai hampir 20 anak muda yang kebanyakannya pertama kali menampilkan beruk masing-masing.
Manakala, Aiman Borhan Che Asmawi, 18, berkata, walaupun ada yang memandang rendah terhadap pemilik beruk, namun dia gembira kerana masih ramai rakan sebayanya meminati hobi sepertinya.
“Banyak peluang kerjaya yang terlibat dalam bidang ini. Seperti saya sendiri bukan sahaja melatih beruk tetapi juga menjual kelapa kepada pemborong. Harganya yang tinggi di pasaran memberi pendapatan lumayan untuk saya,” katanya.
Selain golongan belia, pertandingan itu juga menarik minat seorang pesara kerajaan, Muhammad Jaafar Abdul Kadir, 60, yang sanggup bertolak selepas Subuh dan mengambil masa dua jam perjalanan dari Jerteh, Terengganu untuk menyaksikan pertandingan berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.