Halaman

Selasa, 23 Jun 2015

Lebih baik Mat Sabu sertai DAP – Zaharin

THE RAKYAT POST


Zaharin & Mat Sabu
Zaharin (kanan) mengesyorkan agar Mohamad Sabu sertai DAP daripada tubuhkan parti baru. -Foto ihsan Facebook Zaharin Mohd Yasin 



KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin mencadangkan agar bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) daripada membuang masa menubuhkan parti politik baharu.

Zaharin yang lebih dikenali dengan nama pena Sang Kelembai memberitahu bahawa, beliau menyokong Mat Sabu berserta beberapa bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS yang disisihkan untuk menyertai DAP dan sekaligus menjadi calon DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Saya cadangkan mereka semua bertanding di kawasan calon Barisan Nasional (BN) dari MCA kerana parti itu tidak lagi berfungsi sebagai satu parti politik yang mewakili suara orang Cina.

“Dia gagal sepenuhnya dan bergantung dengan undi orang Melayu dalam kawasan yang dimenangi. Jika calon-calon serpihan PAS ini bertanding di kawasan majoriti 50-50 atau 70 peratus Cina dan 30 peratus Melayu, saya percaya undi Melayu akan diberikan kepada calon DAP Melayu,” katanya seperti yang dipetik dari laman Facebook miliknya.

Jelasnya, berdasarkan fakta di Pandan, Raub, Bukit Bendera, Telok Kemang, Lumut dan Kuantan, calon-calon Melayu menang walaupun atas tiket PKR atau PAS.

“Masa jumpa Mat Sabu, saya beritahu dia, jangan tubuh parti baru. Alasan saya, kenapa hendak disahkan apa tuduhan oleh kelompok ulama kepada kelompok progresif.

“Masuk DAP adalah terbaik, akan bertambahlah lagi Ahli Parlimen Melayu di Parlimen,” katanya.

Mat Sabu kalah dengan perbezaan undi yang besar dalam usaha mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS kepada pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.