Halaman

Khamis, 25 Jun 2015

Najib kecewa media putar belit kenyataan Annuar Musa

 
Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang memberikan maklumat tidak betul kepada Majlis Ekonomi.


Najib, musa



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa apabila sesetengah media memutar belit kenyataan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MAR), Tan Sri Annuar Musa berhubung kontroversi pembelian hartanah The Doudley, Melbourne.

Perdana Menteri berkata, keputusan pembelian hartanah itu dibuat secara konsensus atau persetujuan bersama Majlis ekonomi.

Bagaimanapun, katanya, siasatan akan dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Sekiranya ada pihak cuba menipu atau memperdaya ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan data atau butiran tidak tepat, tindakan akan diambil,” katanya menerusi Facebook.

Beberapa media melaporkan pembelian hartanah itu pada 2012 dengan RM51.5 juta telah dipersetujui oleh Najib selaku Pengerusi Majlis ekonomi.

Dalam sidang media pada Rabu, Annuar menjelaskan Perdana Menteri hanya mempunyai maklumat pada harga asal dan yang dipersetujui sebelum ini.

Pembelian hartanah itu menjadi kontroversi selepas akhbar Australia, The Age, mendedahkan MARA Inc terlebih bayar RM13.7 juta yang mana lebihan itu didakwa dipulangkan semula kepada pihak tertentu sebagai balasan pembelian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.