Sejak berlakunya pertelingkahan terbuka putera Johor dengan seorang
menteri kabinet, semakin banyak tulisan ke arah membentuk patriotisme
dan nasionalisme negeri dimuat naik ke laman sosial.
Facebook Johor Southern Tigers hari ini memuat naik tulisan yang menegaskan supaya “Johor mesti sentiasa jadi Johor”.
Laman rasmi pasukan bola sepak negeri itu antaranya menceritakan kembali apa sebenarnya maksud Johor dan sejarah awal Johor moden.
“Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab 'jauhar' yang bermaksud 'permata berharga'.
“Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “batu permata”,” tulisan dalam Facebook itu dipetik.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini bertelagah
dengan menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz selepas beliau
mengkritik kegagalan perdana menteri hadir dalam program dialog 1MDB di
Kuala Lumpur.
Sejarah Johor moden
Nazri memberi amaran supaya baginda mesti sedia untuk 'dibelasah' jika mahu mencampuri urusan politik. Manakala Tunku Ismail pula melalui sebuah video menunjukkan isyarat “marilah”.
Ketika kehangatan isu itu, adindanya Tunku Idris pula memuat naik sebuah tulisan di Instagram yang antaranya menyebut jika perjanjian antara Johor dan Malaya tidak dipatuhi, negeri itu terkeluar daripada Malaysia.
Rakyat Johor juga sebelum ini berhimpun di Johor Bahru bagi menyatakan sokongan kepada istana. Mereka antaranya membawa kain rentang membahasakan diri sebagai “Bangsa Johor”.
Sementara itu, tulisan di Johor Southern Tigers hari ini juga mengimbas sejarah moden Johor bawah Sultan Abu Bakar yang memperkenalkan perlembagaan Johor dan membawa perubahan dalam pentadbiran.
Ia juga mengimbas perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 serta jasa Sultan Abu Bakar sebagai “Bapa Pembangunan Johor”
“ Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia,” menurut tulisan itu lagi.
Facebook Johor Southern Tigers hari ini memuat naik tulisan yang menegaskan supaya “Johor mesti sentiasa jadi Johor”.
Laman rasmi pasukan bola sepak negeri itu antaranya menceritakan kembali apa sebenarnya maksud Johor dan sejarah awal Johor moden.
“Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab 'jauhar' yang bermaksud 'permata berharga'.
“Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “batu permata”,” tulisan dalam Facebook itu dipetik.
JOHOR MESTI SENTIASA JADI JOHOR - BAHAGIAN 10
Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”. Sejarah Johor moden pula bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar yang telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen.
Perpindahan pusat pentadbira...
See More

6,016 Likes · 114 Comments · 260 Shares
Sejarah Johor moden
Nazri memberi amaran supaya baginda mesti sedia untuk 'dibelasah' jika mahu mencampuri urusan politik. Manakala Tunku Ismail pula melalui sebuah video menunjukkan isyarat “marilah”.
Ketika kehangatan isu itu, adindanya Tunku Idris pula memuat naik sebuah tulisan di Instagram yang antaranya menyebut jika perjanjian antara Johor dan Malaya tidak dipatuhi, negeri itu terkeluar daripada Malaysia.
Rakyat Johor juga sebelum ini berhimpun di Johor Bahru bagi menyatakan sokongan kepada istana. Mereka antaranya membawa kain rentang membahasakan diri sebagai “Bangsa Johor”.
Sementara itu, tulisan di Johor Southern Tigers hari ini juga mengimbas sejarah moden Johor bawah Sultan Abu Bakar yang memperkenalkan perlembagaan Johor dan membawa perubahan dalam pentadbiran.
Ia juga mengimbas perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 serta jasa Sultan Abu Bakar sebagai “Bapa Pembangunan Johor”
“ Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia,” menurut tulisan itu lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.