Halaman

Khamis, 4 Jun 2015

Nik Abduh beri jaminan Pas tidak keluar Pakatan Rakyat

 
Dia akan menggunakan pendekatan lebih lembut untuk mengekalkan hubungan baik dalam Pakatan Rakyat


nik abduh,pkr

 
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Pas yang baharu dipilih, Nik Mohd Abduh Nik Aziz memberi jaminan Pas tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Katanya, biarpun kumpulan pro ulama menguasai Pas, kesetiaan parti itu terhadap PR tidak akan berubah.
Malah, katanya, beliau akan menggunakan pendekatan lebih lembut untuk memastikan hubungan baik dengan rakan sekutu dalam PR terus kekal utuh.

“Kita bertegas bersama dengan PR dan kita harap segala isu yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.
itu komitmen Pemuda Pas. Tiada tindakan keras, saya bertindak lembut sahaja,” katanya pada sidang media sulungnya selepas diumumkan Ketua Pemuda Pas yang baharu pada Rabu.

Nik Abduh menewaskan penyandang jawatan itu, Suhaizan Kaiat, selepas mendapat 429 undi yang menyamai 62 peratus undi.

Sementara itu, Suhaizan berkata, dia sudah dapat menjangka kekalahan itu berdasarkan situasi politik sejak kebelakangan ini.

Walaupun tewas, Suhaizan menegaskan beliau akan tetap dengan pendirian untuk meneruskan budaya progresif.

“Saya diajar dengan budaya sebegitu maka saya akan teruskan apa yang saya belajar,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.