Halaman

Khamis, 4 Jun 2015

Nothing 2 Hide: Tun M akan hadir?

 
Bekas Perdana Menteri dikatakan akan hadiri bagi menyahut cabaran yang dibuat pihak tertentu yang memintanya datang ke program berkenaan.


mahathir_n2h_600


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad dikatakan akan menghadiri program ‘Nothing 2 Hide’ yang akan berlangsung pada Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sekiranya ia menjadi kenyataan sebagaimana yang ditulis blogger, dinturtle.blogspot.com, ia bermakna beliau akan bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisan yang dimuat di entrinya, dinturtle mendakwa mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.

“Ini berita terbaru yang terima dari seorang yang boleh dipercayai. Kalau sebut namanya pun ramai akan setuju kata-katanya boleh dipercayai namun atas permintaannya, namanya saya tidak siarkan. Menurutnya, Tun sendiri memaklumkan kepadanya,” tulisnya.

Katanya, kehadiran bekas Perdana Menteri bagi menyahut cabaran yang dibuat pihak tertentu yang memintanya datang ke program berkenaan.

Berdasarkan maklumat itu, dia memohon supaya penganjur menukarnya kepada bentuk forum bagi membolehkan Dr Mahathir membangkitkan soalan secara langsung kepada Najib.

“Dengan ini saya mohon pihak penganjur supaya dapat ubah program itu ke arah satu majlis Forum dengan keutamaan kepada Tun Mahathir untuk bertanyakan soalan secara direct kepada Najib. Dan kita boleh saksikan Najib buat pertama kalinya akan cuba jawab isu 1MDB secara spontan,” katanya.

Dalam acara yang akan bermula pada jam 9 pagi, Najib dijadual akan menjelaskan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu 1MDB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.