Halaman

Khamis, 4 Jun 2015

Persidangan Kristian M4J Penghinaan Kepada Islam - UMNO Johor

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR  - Negara hari ini dkejutkan dengan satu lagi isu agama berikutan penganjuran persidangan 'MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference' di Johor Bahru yang didakwa menghina Perlembagaan Persekutuan serta agama Islam sebagai agama rasmi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, tindakan seumpama ini mencerminkan sifat penganjur yang tidak bertoleransi terhadap majoriti masyarakat di Johor.

"Di Malaysia, toleransi beragama di amalkan dengan bersandarkan kepada Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, yang mana setiap warganegara Malaysia berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya, tetapi tertakluk kepada Fasal (4), yang menghadkan pengembangan agamanya kepada orang - orang Islam.

alt
 
"Penghadkan pengembangan agama lain kepada orang Islam turut di kuatkuasakan pada peringkat Negeri Johor, di mana Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembagan Agama Bukan Islam) Johor 1991 (Enakmen No. 12/1991), memperuntukan satu bidang kuasa kepada kerajaan negeri dalam menyekat sebarang usaha pegembangan agama kepada orang Islam di sini," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran klip 'trailer' persidangan tersebut di laman Youtube.

Video berdurasi 1.27 minit itu menggabungkan keratan ucapan penceramah pada persidangan tersebut yang menyeru penganut agama Kristian untuk menjadikan Johor sebagai negeri Kristian.

"Video yang baru-baru ini viral di media sosial, telah meletakkan satu posisi provokasi dari pihak penganjur, dengan menyatakan, " I'm waking up the giant of asia Malaysian Church ", " Give me Johor Bahru or I Die ", "Johor for Jesus" dan " Allow me to chase away the enemy in the city ".

alt

"Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor membantah sekeras - kerasnya tindakkan penganjur dengan penyebaran video provokasi seumpama ini.

"Ia dikhuatiri akan menimbulkan satu suasana yang keresahan di dalam khalayak majoriti masyarakat Islam di Negeri Johor selain menimbulkan pelbagai kekeliruan serta salah faham yang tidak diingini," ujarnya.

Tambah beliau, laporan polis telah dibuat sebagai langkah awal kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penganjur disamping mengajak PAS turut bersama UMNO mempertahankan kesucian Islam.

"Kami mendesak supaya, penganjuran program ini dibatalkan dan mendesak pihak berkuasa mengambil perhatian dan tindakan sewajarnnya ke atas penganjur program "MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference" ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor juga mengajak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bersama - sama dalam menangani isu ini. Umat Islam perlu bersatu dalam kita menyambut bulan Ramadhan yang mulia tidak lama lagi," katanya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.