SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyelar
kenyataan yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin
Abdullah bahawa polis tidak menjaga kedaulatan undang-undang dan hak
asasi manusia.
Khalid berkata, beliau menghargai kenyataan tokoh negara itu namun tidak semua pendapat yang dilontarkan itu betul.
“Kebimbangan utama kita adalah apabila kenyataan yang dikeluarkan Tun Dzaiddin itu dianggap betul. Kita pasti beliau akan menghargai usaha kita untuk mempertahankan dakwaan yang dibuat beliau demi keadilan dan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kita tidak pernah menganggap yang polis mempunyai kuasa melebihi undang-undang tetapi. Walaupun kita pihak yang menguatkuasakan undang-undang tetapi kita tidak terkecuali daripada hukuman di bawah undang-undang itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khalid turut menafikan yang pihaknya mengambil sikap tidak acuh dalam soal kedaulatan undang-undang mahupun hak asasi manusia.
Dzaiddin dalam sebuah forum minggu lalu mendakwa sikap pasukan polis yang tidak mengambil peduli konsep kedaulatan undang-undang merupakan antara sebab kematian dalam tahanan.
Dzaiddin, yang mengetuai Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai peranan dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), menyifatkan perkara itu sebagai punca asas sambil menekankan keperluan mengkaji budaya yang diamalkan pasukan polis.
Bagaimanapun, Khalid dalam kenyataannya tidak menafikan ada segelintir anggota polis yang menjadi kambing hitam.
“Kita tidak nafikan ada sebilangan kecil anggota yang salah guna kuasa, namun itu tidak boleh menggambarkan keseluruhan jabatan itu sendiri,” katanya.
Malah tegas beliau, dakwaan bahawa pihaknya menutup salah laku anggotanya adalah tidak benar.
“Kami dipantau ketat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dalam sebarang bentuk pelanggaran undang-undang atau penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis,” katanya.
Menurut rekod, dari tahun 2010-2014, sebanyak 51 kes kematian di tahanan polis telah disiasat.
Seramai empat anggota polis telah didakwa di mahkamah dalam kes yang melibatkan kematian N.Dhamenderan (2013).
Bagi kes yang lain, hasil laporan pakar patologi menunjukkan tahanan mati akibat sakit jantung, bunuh diri dan lain-lain penyakit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.