Dalam
usaha menafikan berita mengenai perletakan jawatannya, Menteri
Pertahanan, Hishammuddin Hussein menyifatkan perkara itu hanyalah
sebagai "spin negatif" atau putar belit pihak tertentu yang ingin
melaga-lagakan hubungan dengan sepupunya, Najib Razak.
Katanya,
tidak timbul isu mengenai perletakan jawatannya jika ingin dikaitkan
dengan isu 1MDB kerana Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang
turut mengkritik syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan
itu pun tidak meletakkan jawatan juga.
Selebihnya,
beliau yang juga Naib Presiden UMNO melihat perkara itu sebagai usaha
pihak tertentu yang ingin meretakkan hubungan kekeluargaannya dengan
Perdana Menteri, sambil menambah mereka tidak akan berjaya berbuat
demikian.
Saya
rasa terdapat "spin negatif" dalam perkara ini dan saya masih di sini
mempengerusikan mesyuarat kementerian saya, tambahnya lagi.
Isu
mengenai perletakan jawatan Hishammuddin itu timbul berikutan reaksinya
di laman makro twiter berhubung kata dua yang diberikan Najib kepada
anggota kabinetnya berkaitan pelan hala tuju 1MDB sama ada mahu kekal
bersamanya atau mengundurkan diri.
Beliau menulis "Setuju dgn syarat 1)Rationalisasi 1MDB 2) Akauntabiliti sekiranya ada salah 3)Ketelusan 1) & 2) diatas."
Ia
kemudian segera ditafsir bukan saja berkaitan sokongan bersyaratnya
kepada Najib tetapi juga menggambarkan kesediaannya meletakkan jawatan
sebagaimana kata dua yang diberikan Najib itu.
Dalam
hal ini, Hishammuddin nampaknya hanya menafikan kemungkinannya
meletakkan jawatan saja tetapi tidak menyentuh sama sekali mengenai
sokongan bersyaratnya sebagaimana yang ditulisnya di twiter itu.
Kalau
ini mahu dianggap sebagai "spin negatif", ia sebenarnya berpunca dan
ditimbulkan oleh Hishammuddin sendiri. Ia bukan saja berkaitan kewajaran
meletakkan syarat terhadap sokongannya kepada Perdana Menteri, tetapi
apakah pendiriannya jika syarat itu tidak dipenuhi oleh Najib?
Masihkah mahu kekal dalam kabinet atau mengundurkan diri jika syarat itu tidak dilayan oleh abang sepupunya?
Jadi, siapa yang "spin negatif" dan siapa yang memulakan unsu-unsur "spin negatif" tersebut?
Yang
lebih menarik, di ketika bercakap mengenai perletakan jawatan yang
hanya dikaitkan dengan dirinya, Hishammuddin juga, mungkin secara sedar
dan disengajakan, telah mengheret nama Muhyiddin sekali dalam isu itu.
Jika
Hishammuddin menyedari isu perletakan jawatannya hanyalah suatu bentuk
"spin negatif", tidakkah beliau sedar isu perletakan jawatan Muhyiddin
juga adalah "spin negatif" oleh pihak yang lain dan Timbalan Perdana
Menteri tidak pernah sama sekali bercakap atau menulis di Twitter
mengenainya?
Kenapa dalam menolak "spin negatif", beliau menggunakan isu yang berbentuk "spin negatif" juga sebagai hujahnya?
Apakah
melalui kemelut 1MDB dan pendirian Muhyiddin yang berbeza itu,
Hishammuddin sebenarnya mahukan Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai
Timbalan Perdana Menteri dengan harapan agar abang sepupunya memberikan
jawatan itu kepada beliau sebagai adik sepupunya?
Tidakkah
dengan membangkitkan mengenai perletakan jawatan Muhyiddin, beliaulah
sebenarnya yang cuba melaga-lagakan Perdana Menteri dengan Timbalan
Perdana Menteri? Jika tidak, untuk apa diheret sekali mengenai
perletakan jawatan Muhyiddin yang juga merupakan "spin negatif" dan
khabar angin semata-mata?
Soalan "cepumasnya" pula, sejak bila Hishammuddin dah pandai jadi "batu ronson" ini?
Berdasarkan reaksi di twitter ini, siapakah yang memulakan "spin negatif" itu?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.