Halaman

Rabu, 24 Jun 2015

Sejarah buktikan parti serpihan tak mampu bertahan, kata Mohd Amar

THE MALAYSIAN INSIDER


Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baharu supaya menjadikan iktibar terhadap apa yang dilalui beberapa parti serpihan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baharu supaya menjadikan iktibar terhadap apa yang dilalui beberapa parti serpihan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider



Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sejarah membuktikan penubuhan parti serpihan tidak mampu bertahan lama.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata perkara itu perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baharu sebelum ia hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah.

"Berdasarkan sejarah yang ada di Malaysia, parti serpihan ini tiada yang bertahan. Contohnya Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), semuanya berkubur.


"Kita tidak menghalang (penubuhan parti baharu) cuma kita sebut sejarah supaya boleh dijadikan iktibar.

Tetapi kalau mereka rasa yakin, tiada masalah dan bukan kuasa kita untuk menghalang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Baru, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, beliau berkata mana-mana pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti yang berlangsung pada awal bulan ini perlu berjiwa besar dan menerimanya dengan hati yang terbuka. – Bernama,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.