SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mendukung usaha PKR dalam
membentuk penyatuan berasaskan NGO, parti-parti politik dan individu
berpengaruh bagi meneruskan kelangsungan politik pembangkang.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia merupakan langkah bijak memandangkan PR kini tidak lagi berfungsi secara formal.
“Kita rujuk balik kenyataan Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan seperti yang telah diberitahu, PR kini tidak lagi berfungsi secara formal, jadi lebih baik kita pandang ke depan.
“Kita akan fokus untuk bina gerakan pembaharuan ini. Penyatuan ini yang penting bagi kita sekarang dan tidak perlu untuk kita pandang ke belakang,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan kemasukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia sebagai pengganti Pas.
Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa PR tidak lagi wujud apabila parti itu memutuskan hubungan politik dengan Pas.
Keputusan itu dibuat berikutan Muktamar Pas pada 6 Jun lalu menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.
Susulan pengisytiharan itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Rabu turut mengumumkan bahawa PR tidak lagi berfungsi secara formal selepas mengambil kira situasi politik semasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.