shahbudindotcom
UMNO
di era kepimpinan Najib Razak sekali lagi menjadi bahan persendaan
pelbagai lapisan masyarakat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Pulau
Pinang atau MBPP meruntuhkan struktur tulisan UMNO yang terletak di
hadapan ibu pejabatnya di Georgetown.
Tindakan
MBPP itu dikatakan kerana perletakan struktur itu tidak mempunyai lesen
tetapi UMNO Pulau Pinang difahamkan sedang dalam proses memohonnya.
Apa
yang menjadi perbualan ramai ialah Pemuda UMNO Pulau Pinang hanya
mengecam dan memberi amaran dari jauh berkaitan tindakan itu melalui
kenyataan media saja.
Sejak bila Pemuda UMNO sudah hilang keberaniannya?
UMNO
Pulau Pinang juga hanya semalam mengadakan mesyuarat, juga mengecam dan
melahirkan rasa kesal atas tindakan MBPP yang disifatkan tergesa-gesa
kerana tidak memberi notis yang sewajarnya terlebih dahulu.
Ramai
yang menyifatkan tindakan MBPP meruntukkan struktur tersebut tetapi
tiada usaha bertahan atau menyerang balas yang bersungguh-sungguh
daripada UMNO Pulau Pinang sebagai satu lagi bukti menunjukkan parti itu
semakin "tidak selamat" kedudukannya.
Ini
kerana ia memperlihatkan kehilangan upaya UMNO Pulau Pinang dalam
mempertahankan sesuatu yang menjadi simbol atau mercu perjuangan parti
itu.
Ada
juga yang berkata kepimpinan UMNO Pulau Pinang hanya tahu "main
selamat" dan tidak peduli pun sama ada parti itu selamat atau
sebaliknya.
Sebelum
ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah banyak kali
mendesak agar Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana menurutnya UMNO
dan BN "tidak selamat" dalam pilihanraya umum akan datang jika Najib
terus memimpin parti dan negara.
Najib
terlalu banyak skandal dan semua kaum tidak lagi menyokongnya,
begitulah antara kata-kata yang pernah diluahkan oleh Tun Mahathir.
Ketika
berlangsungnya forum Nothing To Hide di PWTC awal bulan ini yang turut
dihadiri oleh Tun Mahathir bagi menjawab isu-isu berkaitan 1MDB, Najib
telah dinasihatkan oleh pihak polis agar tidak menghadiri program itu
kerana dianggap "tidak selamat" baginya.
Ketika
itu ramai keliru bagaimana faktor keselamatan boleh menjadi suatu
bentuk ketakutan kepada Najib untuk berforum bersama Tun Mahathir
sedangkan ia diadakan di ibu pejabat UMNO sendiri dan kehadiran pula
hanya sekitar 2000 hingga 2500 peserta sahaja.
Kini
dengan tindakan meruntuhkan struktur tulisan UMNO di Pulau Pinang,
hakikat bahawa UMNO semakin "tidak selamat" tambah melebar lagi.
Daripada
kebimbangan mengenai nasibnya dalam pilihanraya akan datang, bersemuka
dengan Tun Mahathir dan berforum di bangunan sendiri hinggalah kepada
struktur tulisan UMNO, semuanya sudah "tidak selamat" lagi.
Selepas ini apa lagi yang tidak selamat agaknya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.