SEKILAS PANDANG: Sekiranya akal dan politik terkandung di dalam buku yang sama, akal tentu
di halaman pertama manakala politik di halaman terakhir. Mereka tak mungkin bersama.
Inilah hakikat dengan ahli politik BN dan Umno yang sering menghambur kenyataan merepek,
seakan terdapat satu anugerah bagi mereka yang membuat kenyataan seperti itu.
Inilah yang berlaku di mana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed berkata usaha DAP membina masjid suatu penghinaan terhadap umat Islam di negara ini.
Mustapa, yang juga pengerusi perhubungan Umno Kelantan dipetik berkata sedemikian sebagai mengulas langkah DAP membiayai pembinaan masjid di Pasir Tumboh, Gua Musang, Kelantan.
Menurut beliau, ianya usaha merendahkan hasrat kerajaan pusat yang membina 24,000 masjid dan surau di seluruh negara.
DAP sebenarnya hanya berbuat begitu selepas mendapat permintaan dari imam dan penduduk di kawasan tersebut. Mustapa terus menghina dengan berkata siasatan perlu dibuat bagi memastikan samada pembiayaan tersebut “halal”.
Mengapa pula imam dan penduduk perlu meminta bantuan dari DAP, sekiranya kerajaan pusat, Umno negeri dan PAS menghulurkan sumbangan untuknya?
Bagaimana mahu memastikan ianya “halal”?
Hanya kerana DAP dianggotai non-Muslim tidak bermakna sumbangan mereka tidak halal.
Sedarkah Mustapa tentang amalan rasuah yang diamalkan BN dan Umno yang juga ditegah agama Islam?
Adakah kerajaan pusat memberi sumbangan yang selayaknya?
Presiden Kumpulan Petra dan Ketua Pegawai Eksekutif Vinod Sekar di dalam coretan Facebook mempersoal logik di belakang kata-kata Mustapa.
“Saya fikir terdapat sejumlah pemimpin politik yang kehilangan akal mereka, dan menjadi perlahan di dalam berfikir.
“Dan kini seseorang saya pandang tinggi dan saya fikir bijak di dalam senarai kabinet (Mustapa) membuat kenyataan yang tidak saya fahami,” katanya.
Vinod menambah, “Dengan kenyataan dan logik sebegitu, saya fikir semua dana dari kerajaan perlu disiasat dan dipisahkan bagi memastikan ia halal?”
“Saya maksudkan, saya minum arak seperti ikan, dan sekali sekala makan babi. Saya main pakau. Duit saya tidak halal. Saya fikir kebanyakan warganegara non-Muslim seperti itu.
“Jadi adakah beliau berkata kerajaan tidak lagi akan menggunakan cukai dari populasi non-Muslim bagi membiayai program Islam termasuk pembinaan masjid?”
Vinod turut menempelak mentaliti ahli politik, “Nampaknya politik Malaysia perlu hadir dengan amaran - Penglibatan berterusan membunuh sel otak.”
Saya setuju benar dengannya.
Umno perlu elak menghubungkan politik dengan agama dan berhenti berpura-pura kononnya mereka pelindung Islam dan umat Islam di negara ini.
Mereka juga perlu memastikan mereka bebas dari dosa, agar agama tidak dipandang serong.
Bandaraya Berlin di Jerman menyaksikan sejarah tertulis apabila House of One terbina, yang merupakan bangunan yang berfungsi sebagai gereja, masjid dan rumah ibadat Kristian, Islam dan Yahudi. Semua pihak dari seluruh dunia menyumbang kepada pembinaannya, namun di sini, Umno sibuk mencari alasan memecahbelahkan masyarakat.
Selaku parti yang sering dilihat melakukan amalan yang dibenci Islam iaitu rasuah, salahguna kuasa dan kronisme, Umno berkelakukan seakan pemimpinnya suci.
Tolong perbaiki diri sendiri sebelum persalahkan orang lain. Mungkin rakyat akan kembali percaya kepadamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.