SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Caj sebanyak 10 peratus yang dikenakan pihak hotel dan
restoran bukanlah cukai jualan yang dikutip oleh kerajaan, Dewan Negara
diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata semua cukai jualan yang dikutip melalui Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah terhapus sejak 1 April apabila digantikan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Caj yang dikutip pihak hotel dan restoran itu berdasarkan persetujuan antara majikan dan pekerja melalui Perjanjian Kolektif bagi pekerja yang berkesatuan dan Perjanjian Perkhidmatan bagi pekerja yang tidak berkesatuan.
"Caj tersebut dikenali sebagai caj perkhidmatan dan ia masih dikutip oleh pihak berkenaan selepas pelaksanaan GST serta turut dikenakan GST," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.
Boon Som meminta kerajaan menyatakan sama ada cukai jualan sebanyak 10 peratus di hotel dan restoran masih diteruskan selepas pelaksanaan GST dan adakah ia digunakan untuk membayar gaji pekerja.
Ahmad Bashah berkata, caj perkhidmatan yang ditakrifkan di bawah Akta Kerja 1955 adalah sebahagian daripada gaji atau upah dan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi turut memutuskan sedemikian dalam beberapa kes melibatkan caj perkhidmatan dalam sektor hotel. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.