Halaman

Selasa, 14 Julai 2015

Musnahkan pembiakan Aedes sebelum balik raya

Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Warga Subang Jaya diseru memastikan persekitaran rumah bebas pembiakan nyamuk Aedes sebelum pulang bercuti raya.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Muhammad Azli Miswan berkata, penduduk perlu memastikan tiada air bertakung di dalam dan luar rumah.

DENGGI GRAFIK

“Pastikan bekas digunakan untuk tujuan menyimpan air tidak membolehkan nyamuk aedes membiak.

“Bekas itu perlulah ditutup rapat atau dimasukkan ubat pembunuh jentik-jentik nyamuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi turut mengingatkan semua pihak untuk memastikan kebersihan persekitaran rumah sebelum bercuti panjang.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes seterusnya mengundang peningkatan kes demam denggi.EZY


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.