Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM - Pihak polis kini dalam proses bagi menentukan sama ada
dokumen-dokumen yang bocor berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) adalah tulen atau dipalsukan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan
berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk
menjejaskan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Menurut Khalid lagi, semua anggota pasukan petugas khas itu akan disiasat, termasuk kakitangan Bank Negara.
"Objektif siasatan polis adalah untuk mengenal pasti mereka yang telah
membocorkan bahan itu dan menentukan sama ada dokumen-dokumen itu tulen
atau telah dipalsukan," katanya.
Khalid merujuk kepada kes membabitkan bekas eksekutif PetroSaudi,
Xavier Andre Justo yang dituduh mengubahsuai salinan emel yang bocor
mengenai 1MDB dan rakan kongsi perniagaannya, PetroSaudi International.
Pada 24 Jun lepas, polis Thailand menahan Justo berkaitan dakwaan cuba
memeras ugut PetroSaudi International Ltd (PSI), sebuah syarikat
antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan di
Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalin dengan1MDB.
Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan
oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik sehingga
mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.
Khalid berkata, pembocoran, pemalsuan atau sebaliknya, merupakan satu
kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan, Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Kanun Keseksaan.
Khalid turut memberi amaran mereka yang didapati bersalah atas kebocoran itu akan menghadapi tindakan penuh undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.