Ahmad Fadhli Shaari
KOTA BHARU - Pemuda Pas Pusat yakin keputusan secara rasminya hubungan
tahaluf siyasi Pas dan DAP terbatal tidak menjejaskan Pilihan Raya Umum
ke 14 nanti.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, masing-masing, DAP
dan Pas mempunyai penyokong serta pengikutnya yang tersendiri.
“Sebagaimana tahun 2008, kita tanding PRU tanpa Pakatan Rakyat, cuma persefahaman agar tidak bertembung sesama sendiri sahaja.
“Rakyat semakin sedar bahawa Umno atau BN tidak boleh lagi diberikan
mandat,” katanya demikian mengulas keputusan memutuskan hubungan secara
rasmi dengan DAP, dan Pas mengekalkan tahaluf siyasi bersama PKR.
Beliau berkata, Pemuda Pas Pusat sokong keputusan Majlis Syura Ulama
dalam soal itu sebagaimana diketahui tindakan provokasi berterusan dan
keputusan DAP yang mengecam serta melanggar semangat kerjasama dalam
aqidah, dasar serta matlamat Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan