SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengambil keputusan tidak akan
melaksanakan catuan air di kawasan krisis, sebaliknya menyediakan
langkah alternatif sementara waktu bagi meringankan beban penduduk
terjejas di Hulu Langat dan Kuala Lumpur.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, buat sementara waktu ini kerajaan negeri telah mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membekalkan air bersih dan terawat kepada penduduk di kawasan terjejas.
“Selain itu, kita juga sedang mengambil satu lagi langkah proaktif untuk membina tangki-tangki air di beberapa kawasan yang sering berlaku krisis bekalan air terputus supaya dalam jangka panjang, masalah ini dapat ditangani,” katanya ketika ditemui di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), semalam.
Beliau turut menjelaskan bekalan air mentah di Selangor tidak menghadapi masalah kerana simpanan di empangan mencukupi.
“Cuma sekarang ini soal bekalan air terawat kerana kapasiti loji rawatan air di Selangor sudah sampai ke tahap maksimum dan ada langkah-langkah proaktif yang kita telah ambil dan sedang dalam proses termasuk Projek Mitigasi 2.
“Kita akan alihkan bekalan air bersih dari utara Selangor ke selatan kerana bekalan air terawat di utara itu melebihi daripada permintaan, sedangkan di bahagian selatan ini permintaannya tinggi daripada apa yang boleh kita bekalkan," katanya.
Azmin berkata, Projek Mitigasi 2 ini merupakan projek kerajaan persekutuan dan negeri dan akan siap September.
Ia dijangka dapat menangani masalah bekalan air negeri ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.