KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat melahirkan rasa dukacita berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat baru-baru ini.
Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya menyeru agar semua pihak di negara ini terutama di kawasan Bukit Bintang agar bertenang dan tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mengeruhkan lagi suasana semasa, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.
"Islam telah meletakkan jalan keluar daripada kemelut seperti ini dengan menolak perjuangan perkauman yang sempit dan asobiah sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud " barang siapa yang mengajak kepada perkauman yang sempit, bukan dari umatku.
"Menepati firman ALLAH dalam surah al-Anbiya’ ayat 107,yang bermaksud “Dan Tidaklah kami memutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
"Dewan Ulama Pas Pusat akan mempertahankan hak-hak semua bangsa dan agama berdasarkan kepada undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, pihaknya juga menggesa kepada pihak berkuasa supaya membuat penyiasatan yang menyeluruh keatas insiden tersebut supaya tidak berulang lagi di masa akan datang.
"Dewan Ulama juga ingin menyeru kepada semua pihak agar menghormati semua agama yang ada di Malaysia terutama agama Islam sebagai agama persekutuan seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.