Timbalan
Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee
Abdul Rahman yang menaiki kenderaan istana keluar dari Istana Bukit
Serene selepas selesai menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar selama kira-kira satu jam hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
tiba di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini untuk menghadap DYMM
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Kenderaan membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dipercayai tiba sekitar jam 3.30 petang, namun tidak menggunakan pintu masuk utama (Gerbang Mahkota).
Kira-kira satu jam kemudian (4.35 petang), kenderaan Muhyiddin bersama Isterinya, Puan Sri Norainee Abd Rahman keluar melalui pintu masuk utama sambil tersenyum dan melambai kepada media.
Turut kelihatan keluar dari Istana Bukit Serene, di sini, adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekitar beberapa minit kemudian.
Difahamkan, pertemuan secara tertutup itu juga dihadiri oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Timbalan Presiden Umno itu dipercayai menerima perkenan daripada Sultan Ibrahim untuk mengadakan pertemuan di Istana Bukit Serene, di sini.
Setakat ini, media tidak dimaklumkan secara langsung sebarang perkara yang bakal dibincangkan mengenai pertemuan antara Muhyiddin bersama Sultan Johor.
Bagaimanapun, sumber memberitahu pertemuan itu memperkatakan mengenai perkembangan semasa Umno.
Muhyiddin pada sebelah pagi tadi, hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kluang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.