Halaman

Ahad, 6 September 2015

Azmin sokong PAS sertai Pakatan Rakyat 2.0



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media pada program Half Marathon PJ di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 6 September, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media pada program Half Marathon PJ di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi pendirian parti itu yang mahu meneruskan kerjasama politik dengan PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu bakal dinamakan Pakatan Rakyat (PR) 2.0. 
 
 Katanya, kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama membawa perubahan dalam negara, senada dengan pendapat yang disuarakan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Musuh kita hanyalah Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata menteri besar Selangor itu.

"Dan kalau ada pihak, termasuk PAS yang terus komited dengan agenda bersama PR, maka sudah tentulah kita akan bekerjasama dengan PAS dan mana-mana parti politik yang mempunyai dasar perjuangan sealiran dengan PR. 
 
"Ini ditegaskan berulang kali," katanya kepada media selepas menghadiri 'PJ Half Marathon' di Petaling Jaya hari ini ketika diminta mengulas sama ada wajar PAS berada bersama PR 2.0 atau tidak.

Khamis lalu Dr Wan Azizah berkata, PKR masih mahu bekerjasama dengan PAS, mengatakan parti itu boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Beliau turut menepis bantahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak mahu PAS bersama PR2.0, mengatakan ia pendapat peribadi salah seorang pemimpinnya, merujuk kepada Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa sebelum ini berkata, langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan atau menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.

Bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyebut PAS apabila beliau baru-baru ini berkata, kehadiran Amanah akan meningkatkan kerjasama antara parti pembangkang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.