Bersih 4.0 Malaysia. Berita Terkini dari Perhimpunan! Mana Pergi Melayu? Hanya 20%-25% Sahaja!
Umur sudah 90 tahun masih lagi gagah turun padang menyertai seketika bersama-sama dengan peserta Bersih 4.0
Malaysia. Katanya untuk beri sokongan kepada gerakan untuk desak Najib
Razak letak jawatan dan undur sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Mahathir
ingin tunjukkan kepada kalangan di luar sana yang mana beliau bukan
sahaja sekadar keyboard warrior dengan hanya menulis blog Chedet.cc,
hanya bercakap dan berdiskusi, tetapi menggagahkan diri turun padang
berdepan dengan peserta Bersih 4.0 Malaysia kali ini.
Tun Mahathir adalah satu-satunya bekas
Perdana Menteri yang turun padang dalam perhimpunan bagi memberikan
mesej jelas kepada kerajaan Malaysia. Dan Tun Mahathir adalah antara
puluhan ribu peserta yang turun padang dalam Perhimpunan Bersih 4.0
Malaysia ini.
Tetapi apa yang Berita Semasa perhatikan
himpunan kali ini, jumlah orang Melayu yang turun sangat kecil
dibandingkan edisi-edis sebelum ini.
Apa sebabnya? Berita Semasa anggarkan sekitar 20%-25% secara keseluruhannya untuk tempoh 2 hari
perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia 2015 berlangsung, orang melayu yang
turun selebihnya bangsa Cina dan bangsa India. Ya…itu hakikatnya yang
harus diterima.
Mungkin pendapat dan pandangan Berita
Semasa agak berbeza dengan yang lain, mungkin boleh kongsikan di ruangan
komen antara sebab orang Melayu kurang respon dalam Perhimpunan Bersih
4.0 Malaysia ini, adalah kerana :
Senarai Punca Dan Faktor Melayu Kurang Respon Bersih 4.0 Malaysia?
- PAS tidak menggalakkan ahlinya yang majoriti besarnya adalah orang Melayu. Dan tidak boleh tidak dinafikan, perpecahan dan pertelagahan antara DAP dan PAS membawa kepada ketidakseimbangan orang Melayu dalam himpunan kali ini
- Bahangnya akan lebih dirasakan jika diadakan menjelangnya Pilihanraya Umum ke 14 kelak
- Diadakan pada tempoh yang panjang, 2 hari. Ada masa ramai, ada masa kurang ramai. Ada yang mungkin memilih hari dan masa untuk menyertainya. Jadi perkiraan berapa ramai akan menjadi terlalu subjektif
- Dilangsungkan ketika menjelangnya Hari Kemerdekaan menjejaskan sedikit sebanyak jumlah kehadiran
- Orang Melayu cukup sensitif apabila mendengar cakap-cakap yang mengatakan Bersih 4.0 Malaysia HARAM diadakan!
- Ada lagi yang anda ingin tambah?
P/S : Tetapi, kadang-kadang Berita
Semasa tertanya-tanya apa yang dimahukan oleh kalangan kelompok
tertentu, apabila melayu ramai “melayu boneka dan kuda tunggangan cina”.
Apabila Cina ramai “Cina nak rampas Malaysia, Melayu berpanas kena
tangkap polis, cina dok rumah tepuk tangan atau Cina sudah jadi boneka
Melayu?”. Ermmmm….Macam-macam. Tetapi, bukankah mereka semua ini rakyat
Malaysia?
PP/S : Tun Mahathir turut Himpunan
Bersih 4.0 Malaysia dicop sebagai pak turut DAP? Tepuk dahi Berita
Semasa membacanya….Mudah benar label-melabel di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.