Halaman

Rabu, 2 September 2015

Bersih 4.0: Soo Wincci sedia tanggung risiko

 
Ia susulan kenyataannya meminta Perdana Menteri meletak jawatan
 
 
Soo-Wincci_bersih_600


PETALING JAYA: Selebriti Soo Wincci, sedia menanggung sebarang risiko selepas menyuarakan secara terbuka mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, meletak jawatan.

Kenyataan itu dimuat naik di laman Youtube dan pendiriannya yang menyokong Bersih 4.0 telah disampaikan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Cina dan Melayu.

“Selepas ini, saya mungkin akan dihalang untuk membuat persembahan, mungkin dihalau keluar dari negara ini, tetapi saya sanggup terima apa sahaja risikonya,” katanya.

Dalam nada yang lembut dan berterus terang, dia menyampaikan mesej ini kepada Najib.

“Wincci nak cakap sesuatau kepada PM Najib. Kepada Najib, please, sekarang pentas dah sangat banyak orang, jadi sangat sesak dan tolonglah, bolehkan anda sebagai orang dewasa, sila turun dari pentas dan berikan ruangan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, Soo Wincci turut memuat naik klip video lagu baharunya berjudul This Is The Time yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini dengan menggunakan visual perhimpunan Bersih 4.0.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.