Penganalisis Perundangan, Dr Shamrahayu Abdul Aziz
SHAH ALAM - Semua pimpinan sama kerajaan dan parti politik diingatkan
supaya tidak hanya mengambil dan mengguna pakai prinsip Perlembagaan
yang memberi manfaat kepada mereka semata-mata.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menegaskan,
prinsip Perlembagaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan bukan mengambil
mengikut keperluan.
"Itu tidak adil kepada Perlembagaan kita, sebab kita mempunyai
Perlembagaan bertulis yang bercirikan sejarah dan tradisi dan budaya
kita," katanya kepada Sinar Online.
Beliau mengulas kenyataan Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
bahawa kepelbagaian budaya dan kelainan corak politik yang wujud di
setiap negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menjadikan
demokrasi suatu istilah yang bersifat relatif serta sukar untuk diberi
definisi secara jelas.
Mengulas lanjut, Shamrahayu juga berkata, tindakan sesetengah pihak
yang membandingkan amalan demokrasi negara ini dengan negara luar
mencerminkan betapa ceteknya pemikiran mereka.
"Sistem demokrasi kita tidak boleh kita merujuk semata-mata dan
sepenuhnya kepada sistem demokrasi yang diamalkan di negara lain Kerana
kita mempunyai prinsip dan falsafah Perlembagaan, hala tuju negara,
falsafah berbeza dengan negara lain.
"(Tindakan itu) amat tidak adil untuk negara ini kerana kita adalah
negara berdaulat, negara yang mempunyai Perlembagaan sendiri," katanya
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.