MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
Halaman
▼
Selasa, 1 September 2015
KDN serah pada polis tindakan atas Dr Mahathir, kata timbalan menteri
OLEH NABIHAH HAMID
Timbalan
Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan Bersih 4
berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan
pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu. – Gambar fail The
Malaysian Insider, Kementerian
Dalam Negeri (KDN) menyerahkan keputusan kepada pihak polis sama ada
mahu mengambil tindakan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad yang menyertai Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu. Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan
34 jam itu berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang
haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu. "Terserah pada polislah," katanya kepada wartawan selepas menghadiri
taklimat di Pusat Perkhidmatan Modal Insan Ekspatariat Malaysia (Pusat
Myxpats) di Petaling Jaya hari ini.
Sementara itu, mengulas perkembangan berkaitan, Jazlan berkata tidak
mempunyai sebarang maklumat mengenai tindakan polis memanggil 7 ahli
jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0 berhubung perhimpunan
itu.
"Itulah yang dilaporkan. Saya tidak terima sebarang maklumat lagi," katanya. Terdahulu hari ini, anggota sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh
berkata tujuh ahli jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0
diminta tampil di ibu pejabat polis Bukit Aman esok berhubung
perhimpunan itu. Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun
Keseksaan atas dakwaan menyembunyikan rancangan melakukan suatu
kesalahan, cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi
berparlimen dan perhimpunan haram. Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi
amaran yang walaupun tiada sebarang tangkapan dibuat sebelum Bersih 4,
polis masih boleh mengambil tindakan terhadap penganjur selepas
perhimpunan itu mengikut akta dan peraturan sedia ada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.