Halaman

Khamis, 3 September 2015

Ketua Wanita PKR dakwa difitnah kumpul duit haram

 
Ahli Parlimen Ampang cabar pihak yang buat tuduhan buat laporan rasmi.


zuraida,skandal


PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau memunggut duit hasil pembangunan tanah lapang ‘Satay Station” untuk membina asrama untuk warga asing.

“Itu fitnah belaka dan mereka mempunyai niat yang jahat,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.

Tambahnya lagi, dakwaan yang dibuat menerusi pemasangan kain rentang yang diletakkan di kawasan Parlimen Ampang hanyalah fitnah yang sengaja dilakukan pihak tertentu.

Kain rentang berkenaan menyatakan Zuraida menggunakan duit haram daripada asrama warga asing di Bukit Belacan Ampang.

“Skandal duit tanah lapang ‘Satay Station’ jalan Bukit Belacan Ampang.

“Duit haram daripada asrama Bangla, Mynmar dan Indon di Tasik Campuran Ampang.

“Sudah jadi jutawan dalam masa lima tahun. Mohon SPRM siasat ahli PKR jangan lantik dia lagi,” petik tulisan pada kain rentang itu.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Ampang mencabar pihak yang terlibat supaya tampil membuat laporan serta melakukan siasatan terhadap dakwaan yang dibuat.

“Pihak yang berani buat tuduhan tak kira siapa, buat laporan dan siasat jika berani,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.