HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 September 2015

Polis rakam keterangan peguam Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan
Khairuddin Abu Hassan


KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes Khairuddin.

Matthias hadir bersama peguamnya, Zainur Zakaria dan seorang lagi peguam Khairuddin, Ahmad Bazlan Che Kasim kira-kira jam 9.30 pagi.

Ahmad Bazlan berkata, polis merakam keterangan Matthias sebagai saksi kepada kes Khairuddin.

"Matthias memberi kerjasama kepada polis, beliau juga akan tampil semula ke IPD Dang Wangi untuk menyambung semula keterangannya, Jumaat ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Bazlan memberitahu perkembangan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki menghidap demam denggi.

“Keadaan Khairuddin stabil, semangat masih kuat,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penahanan Khairuddin di bawah Sosma tidak sah]

Pada 18 September lalu, Khairuddin ditahan oleh pihak polis selama enam hari.

Penahanan tersebut dibuat di kediamannya di Mont Kiara iaitu beberapa hari sebelum beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat.

Kemudian, pada 23 September lalu, Khairuddin ditahan semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggap sebagai sabotaj terhadap negara ini

Tiada ulasan: