HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Oktober 2015

Terimalah cabaran seperti seorang lelaki

Tony Pua
Tony Pua
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mahu Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda tidak memberikan alasan dan menerima cabarannya untuk berbicara secara langsung.

"Berhenti beri alasan bodoh dan terima cabaran ini sebagai seorang lelaki dan bercakap secara langsung di televisyen," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Arul Kanda menerima cabaran Tony Pua untuk bersamanya dalam program bual bicara secara langsung dan menjawab semua soalan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Arul terima cabaran Tony Pua, tapi...]

Namun menurut Arul, Tony perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAC terlebih dahulu bagi tidak menjejaskan integriti siasatan jawatankuasa itu dan mengelak sebarang pertembungan kepentingan diri.

Tony bagaimanapun tidak terkejut dengan kenyataan Arul yang menerima cabarannya, namun menyifatkan syarat diletakkan Arul sebagai tidak masuk akal.

"Syarat diletakkannya tidak masuk akal dengan menuntut saya  meninggalkan PAC. Tiada undang-undang yang mengatakan saya tidak boleh membangkitkan isu kepentingan awam walaupun saya dalam PAC. Sangat tidak relevan apabila Arul kata wujud konflik kepentingan.

"Saya berjanji akan bersikap baik dan bersopan dan Arul bebas membuktikan kenyataan-kenyataan saya sebelum ini adalah salah di hadapan jutaan rakyat negara ini," katanya.


Tiada ulasan: