Gaji Pekerja Swasta Naik dan Kenaikan Elaun : Najib Syor Syarikat Swasta Tingkatkan Kongsi Keuntungan Dengan Pekerja!
Bukan semua gaji pekerja swasta tinggi
di Malaysia. Bukan semua pekerja swasta yang akan menikmati jaminan
bonus setiap tahun. Ada yang tidak pernah merasa kenikmatan bonus
tahunan pun ada.
Dan juga bukan semua majikan mendapat
pulangan yang lumayan. Ada yang tercungap-cungap untuk bernafas, sukat
dan sekat sana sini bagi meredakan lambungan kos operasi perniagaan dan
syarikat mereka pada ketika ini.
Bukan semua pekerja swasta yang ada
kekuatan untuk membuat tuntutan elaun mereka naik lagi. Bukan semua
pekerja mampu tersenyum lebar di saat ekonomi Malaysia tidak menentu.
Masih mampu meneruskan tugas dan pekerjaan yang sedia sudah cukup
bertuah, di saat di luar sana masih lagi berkeliaran di sana sini di
seluruh Malaysia dan di sekeliling bangunan, pejabat untuk mencari
peluang pekerjaan kalau ada.
Tetapi tidak dinafikan juga ada majikan
yang bertindak menekan pekerja swasta bawahannya dengan memebrikan gaji
dan elaun yang rendah, asalkan mereka dapat memaksimakan seberapa banyak
keuntungan syarikat setiap tahun. Tetapi angka dan statistiknya masih
lagi menjadi persoalan.
Syor Najib Razak : Gaji Pekerja Swasta dan Elaun Naik?
Ini kerana Datuk Seri Najib Razak
mahukan beberapa penambahbaikan yang dilakukan terhadap syarikat dan
majikan di Malaysia supaya :
- Majikan dan syarikat meningkat perkongsiaan keuntungan syarikat sebanyak 40 peratus berbanding 34 peratus pada ketika ini daripada Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK Malaysia
- Dalam erti kata lain, bermula pada sekarang syarikat perlu membuat semakan semula gaji dan elaun untuk pekerja swasta mereka tanpa kompromi daripada produktiviti syarikat
Persoalannya berapa ramai majikan di Malaysia mahu ikut nasihat dan syor daripada Datuk Seri Najib Razak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.