Halaman

Selasa, 24 November 2015

Hak korporat atasi pengguna Internet dalam TPPA, kata ahli Parlimen pembangkang




Ahli Parlimen Kelana Jaya (PKR) Wong Chen berkata TPPA akan melindungi kepentingan syarikat besar mengatasi pengguna Internet, dan pembekal perkhidmatan Internet akan menjadi 'polis Internet' berkenaan hak cipta. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 
Ahli Parlimen Kelana Jaya (PKR) Wong Chen berkata TPPA akan melindungi kepentingan syarikat besar mengatasi pengguna Internet, dan pembekal perkhidmatan Internet akan menjadi 'polis Internet' berkenaan hak cipta. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan melindungi kepentingan syarikat-syarikat besar melebihi hak pengguna Internet, dan membuka ruang kepada penapisan yang lebih luas, kata ahli Parlimen pembangkang. 
 
 Ahli Parlimen Kelana Jaya (PKR) Wong Chen dan ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) dari Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata, pembekal perkhidmatan Internet (ISP) akan diberikan peranan sebagai "polis Internet" dalam perjanjian perdagangan itu, apabila menyentuh soal kandungan hak cipta.

"Ini bermakna pembekal akan menurunkan kandungan, membenarkan kawalan Internet yang lebih meluas," kata Dr Hatta pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Perjanjian TPPA menghendaki Malaysia memberikan insentif perundangan kepada ISP untuk menyingkirkan kandungan yang berbentuk hak cipta, kata mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.