Halaman

Selasa, 24 November 2015

Menang saluran undang-undang tak bermakna NFCorp benar di sisi moral, kata PKR



Putrajaya tidak boleh merendahkan kebijaksanaan rakyat dengan membebaskan suami ketua Wanita Umno daripada tuduhan pecah amanah bernilai RM49.7 juta dalam kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 November, 2015.  
Putrajaya tidak boleh merendahkan kebijaksanaan rakyat dengan membebaskan suami ketua Wanita Umno daripada tuduhan pecah amanah bernilai RM49.7 juta dalam kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.  
 
 
PKR hari ini memberi amaran kepada Putrajaya agar tidak merendahkan kebijaksanaan rakyat dengan membebaskan suami ketua Wanita Umno daripada tuduhan pecah amanah bernilai RM49.7 juta dalam kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd. (NFCorp).

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menganggap Barisan Nasional (BN) terlepas peluang membersihkan nama dan kini terus terjerumus ke dalam konteoversi tersebut.

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, berdasarkan tekaannya, Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail terlepas daripada tuduhan itu apabila wakil kerajaan meluluskan pembelian 2 unit kondominium mewah bernilai RM9.7 juta itu secara retrospektif menerusi kedudukan mereka selaku lembaga pengarah syarikat.

"Dengan keputusan mahkamah ini, secara langsung pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memberi mesej ia tidak sedikit pun peduli dengan kemarahan rakyat dengan skandal NFC ini yang menyebabkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalik terpaksa meletakkan jawatan. 
 
"Keputusan ini dan sangkaan saya yang wakil kerajaan membenarkan pembelian ini (jika benar) mengesahkan  pentadbiran Najib Razaj tiada iltizam memerangi penyelewangan atau rasuah, dan saya rasa mereka tidak peduli lagi.

"Jangan merendah-rendahkan kebijaksanaan rakyat. Apa yang tidak melanggar undang-undang, tidak semestinya benar daripada segi moral," katanya pada sidang media petang ini.

Menurut Rafizi, beliau yakin rakyat dapat menilai kewajaran perbelanjaan kerajaan walaupun beliau menjangkakan alasan "mematuhi prosedur" akan terus digunakan terutamanya dalam kontroversi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang sedang hangat ketika ini.

Salleh dibebaskan daripada 2 tuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan RM49.7 juta hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang memberikan pelepasan itu selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir berjumpa dalam kamarnya.

Hakim tidak memberikan sebab keputusan itu diberikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.