Halaman

Rabu, 25 November 2015

PAU 2015: Tiada siaran langsung untuk elak berita disensasi

 
Selain tidak menyiarkan siaran melalui litar telivisyen, pengamal media juga dilarang daripada berlegar-legar di merata-merata.


tengku-adnan-mansor,umno


KUALA LUMPUR: UMNO tidak akan menyiarkan secara langsung apa yang berlaku di dalam Dewan Merdeka sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) berlangsung.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, media juga tidak dibenarkan berlegar-legar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Media kita tidak akan benarkan berlegar-legar di merata-rata. Kita tidak akan pancarkan apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka, termasuk televisyen berlitar,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen.

Mengulas mengenai mengapakah sekatan itu dilakukan, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan ia dibuat kerana terdapat segelintir media atas talian (online) yang sering memutar-belitkan berita.

“Separuh media ‘online’ yang teruk, suka putar belit. Kita tidak suka berita yang di putar belit,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai peraturan baru itu, Tengku Adnan turut menjelaskan bahawa dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memberikan sidang media setiap hari bagi memberi gambaran kepada pihak media apa yang berlaku.

“Setiap hari, Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengupas apa yang berlaku di dalam perhimpunan agung,” ujarnya.

Sewaktu diaju soalan pemberita mengapa hanya dua Naib Presiden UMNO yang terlibat untuk memberikan sidang media, sedangkan jawatan itu disandang oleh tiga individu, Tengku Adnan menjelaskan seorang lagi seorang masih berada di luar negara.

“Lagi seorang belum balik lagi. Kalau dia (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal) balik, kita ajak dia sekali.

Semalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO putuskan dua orang kerana semalam lagi seorang tidak ada,” ujarnya.

Pada masa sama, Tengku Adnan turut menyatakan bahawa sehingga kini pihaknya masih belum membuat keputusan untuk membenarkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yassin memberikan ucapan penggulungan.

“Kita akan putuskan, kita belum dapat ilham lagi,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.