KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mempertahankan keperluan untuk menaikkan tambangnya bagi kekal mampan.
Katanya tambang untuk perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit tidak
berubah sejak April 2002 walaupun kos operasi dan penyelenggaraan
meningkat.
"Projek ERL telah dilaksanakan dengan kos RM2.4 bilion dan syarikat
telah mengalami kerugian sejak beberapa tahun, terkumpul sehingga
RM671.7 juta.
"Pada Julai tahun ini, pemegang saham ERL menyuntik modal tambahan
sebanyak RM72 juta kepada syarikat," katanya dalam kenyataan semalam.
ERL berkata syarikat perlu terus melabur dalam sistem baru dan set
kereta api yang akan dihantar secara berperingkat mulai Mei 2016 untuk
menampung jumlah penumpang yang meningkat.
Semalam, ERL mengumumkan tambang untuk perjalanan sehala antara KL
Sentral dan KLIA/klia2 akan naik RM20 kepada RM55 mulai 1 Januari tahun
depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.