Peguam Negara langsung tidak nyatakan dan mengambil kisah bagaimana RM570 juga telah dihabiskan Perdana Menteri.
PETALING JAYA: PAS meragui pengumuman yang dibuat Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam bahawa Datuk Seri Najib Razak mengembalikan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.
Persolan itu ditimbulkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila mendakwa Peguam Negara langsung tidak menyatakan jumlah wang sebanyak RM570 juta yang telah dihabiskan Perdana Menteri.
“Peguam Negara menyatakan Perdana Menteri telah memulangkan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion kepada pendermanya. Peliknya, Peguam Negara langsung tidak nyatakan dan mengambil kisah bagaimana RM570 juga telah dihabiskan Perdana Menteri. Apakah SPRM juga tidak menyentuh bab ini?,” soalnya dalam kenyataan pada Rabu.
“Apakah penambahbaikan atau penemuan baru dalam kertas siasatan SPRM terbarunya kepada Peguam Negara sehingga Peguam Negara dapat bertindak seperti Hakim Negara membuat deklarasi untuk tidak mendakwa Perdana Menteri semalam, tetapi tidak 10 hari yang lalu?
“Peliknya, jika 10 hari lalu, SPRM mendapati Perdana Menteri tidak melakukan sebarang jenayah, mengapakah Peguam Negara tidak mengumumkan Perdana Menteribersih ketika itu?
“Mengapa Peguam Negara tidak menghantar semula kertas siasatan kepada SPRM untuk mencari punca perbezaan hasil penyiasatan yang sebegitu ketara? Bukankah itu lagi pelik.Peliknya, mengapa kertas siasatan yang membersihkan PM pula diterima bulat-bulat tanpa meminta siasatan lanjut dibuat?,” soal Tuan Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.