ULASAN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) amat terperanjat dengan pengumuman Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memutuskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku rasuah dalam skandal pengubahan wang terbesar di Malaysia.
Umum sedia maklum tentang drama ‘derma’ RM2.6 bilion ini yang telah
berlanjutan sekian lama. Bermula daripada pendedahan akhbar Wall Street
Journal, pelbagai soalan telah diajukan, dan tidak dijawab.
Dengan pendedahan hari ini, timbul lebih banyak persoalan yang harus dijawab oleh Najib Razak:
Dengan pendedahan hari ini, timbul lebih banyak persoalan yang harus dijawab oleh Najib Razak:
Jika RM2.03 bilion telah dipulangkan kepada penderma
Arab, ke mana pergi baki berjuta-juta ringgit? Di manakah duit ini telah
dibelanjakan dan untuk kegunaan apa? Mungkinlah, wang ini digunakan
untuk membeli PRU-13, seperti yang didakwa oleh Wall Street Journal?
Kenapa Tan Sri Gani Patail perlu dipecat daripada jawatan
peguam negara jikalau RM2.03 bilion telah dipulangkan dan tiada salah
laku?
Kenapa Najib Razak tidak bertindak menyaman Wall Street
Journal jikalau beliau tidak menyalahgunakan dana 2.6 billion yang masuk
ke akaunnya seperti yang dilaporkan WSJ?.
Kenapa bekas timbalan perdana menteri dipecat apabila
beliau menyoal isu RM2.6 billion. Kenapa rombakan kabinet dilakukan dan
menggugurkan mereka yang lantang bersuara mengenai aliran tunai ini.
Apakah terlalu susah untuk menerangkan transaksi ini?
Kenapa akaun peribadi Najib Razak di Ambank dilupuskan jikalau tidak ada apa-apa transaksi yang meragukan?
Di manakah bukti-bukti pembayaran semula RM2.03 bilion? Apakah perlu lagi setahun untuk menunjukkan bukti tersebut?
Bank Negara gagal kesan transaksi?
Bank Negara gagal kesan transaksi?
Najib Razak dilaporkan telah memulangkan semula RM2.03
bilion kepada penderma Arab pada tahun 2013. Namun, beliau menerima RM42
juta pada 2014/2015. Kemudiannya Najib Razak berkata beliau tidak pasti
atau sedar bahawa RM42 juta itu datang dari RM 2.6 billion atau tidak.
Apakah Bank Negara Malaysia gagal mengesan transaksi sebesar ini?
Persoalan-persoalan ini harus dijawab segera oleh Najib Razak. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Bank Negara juga harus tampil kehadapan dan mendedahkan apa sebenarnya hasil siasatan mereka yang tempoh hari dikembalikan oleh Peguam Negara; adakah dapatan siasatan tersebut berbeza atau tidak lengkap?
BERSIH 2.0 juga ingin mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat dalam
rentetan peristiwa ini? Apakah nama penderma yang baik budi itu tidak
dapat didedahkan? Mungkin si penderma boleh membantu Tabung Haji yang
didakwa sedang mengalami masalah kewangan.
Sepertimana kebebasan pejabat Peguam Negara dikompromi pada bulan Julai
tahun lalu, BERSIH 2.0 bimbang bahawa siasatan Jawatankuasa Kira-kira
Wang Awam akan turut menghasilkan natijah yang sama, selepas Najib Razak
menyusun semula komposisi Ahli Parlimen di dalam Jawatankuasa tersebut.
BERSIH 2.0 menggesa PAC menjalankan siasatan secara terperinci dan bebas
ke atas 1MDB supaya orang ramai diberikan jawapan yang sepatutnya.
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, terdiri daripada Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Shahrul Aman Mohd Saari; Bendahari: Thomas Fann; wakil kebangsaan: Ng Geok Chee, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan Rama Ramanathan; naib pengerusi: Ann Teo (Sarawak), Benjamin Mansul (Sabah), Ong Lai Mun (Semenanjung Selatan), Jay Jay Denis (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.