Halaman

Isnin, 4 Januari 2016

FOMCA: 2016 rakyat semakin tertekan kenaikan harga barangan

Oleh: SYASYA SUFIAN


SHAH ALAM: Rakyat semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan ketidak prihatinan Kerajaan Persekutuan mengurangkan subsidi.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata rakyat bakal menghadapai saat gentir menghadapi 2016 apabila Kerajaan Persekutuan mengurangkan subsidi diberikan.

FOMCA“Yang mana subsidi perlu ditarik, ia akan dilakukan antaranya barang keperluan seperti subsidi minyak masak, beras dan tepung.

“Hal itu memberi kesan yang ketara kepada pengguna khususnya rakyat yang berpendapatan rendah kerana beban daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga perlu ditanggung,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, walaupun ada sesetengah barang yang tidak ditarik subsidi tetapi kemungkinan kenaikan harga barang bakal berlaku akibat peniaga yang menanggung beban GST.

“Ia bakal memberi impak dan tekanan kepada rakyat dalam menghadapi 2016 ini.

“walaubagaimanpun harga petrol dan elektrik masih kekal dan tiada kenaikan di laporkan,” katanya.
EZY


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.