Halaman

Rabu, 6 Januari 2016

[KEMASKINI] Selangor peruntuk lapan kerusi PBT pada PAN - Exco

 Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Lapan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor diperuntukkan kepada Parti Amanah Negara (PAN), kata Exconya Ean Yong Hian Wah.
 
Perkara tersebut dipersetujui PAS, PKR dan DAP ketika Mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pagi tadi.
 
Antara lapan kerusi PBT yang diperuntukkan kepada PAS adalah di kawasan Sepang, Kuala Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
 
Ean yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai parti manakah yang 'bertolak ansur' mengosongkan kerusi PBT untuk diberikan kepada PAN.
 
"Pada saya tidak penting untuk mengetahui parti yang mana memberikan kerusi itu kerana peruntukannya telah diberikan oleh kerajaan negeri.
 
"Penggal baru 2016-2017 akan bermula pada 15 Januari ini dengan 288 kerusi akan diisi namun berbaki dua lagi kerusi  milik PKR dan DAP yang belum diputuskan nama ahli majlis di Petaling Jaya dan Kuala Langat," katanya kepada pemberita.
 
Menurut Ean, buat masa ini ahli-ahli majlis untuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Daerah Kuala Langat sahaja belum dimuktamadkan senarai namanya.
 
Sementara, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie memberitahu pemberita pemberian lapan kerusi PBT kepada PAS tidak menjejaskan bahagian PAS sebaliknya hanya melibatkan 'tolak ansur' daripada PKR dan DAP.
 
PAS malah mendapat pertambahan kerusi pada penggal baru yang akan bermula 15 Januri ini dan berakhir pada Disember 2017.
 
Shuhaimi juga enggan memerincikan dengan lebih lanjut berapakah bilangan kerusi PBT terkini setiap parti dan berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.
 
PAN sebelum ini menuntut 34 kerusi PBT daripada kerajaan negeri Selangor selepas mendakwa mereka sebahagian daripada Pakatan Harapan di Selangor.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.