Halaman

Ahad, 3 Januari 2016

LAGU WARISAN TIDAK SESUAI LAGI UNTUK KURSUS UMNO

shahbudindotcom


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus kepimpinan anjuran UMNO atau kendalian Biro Tatanegara (BTN), tentu biasa dengan lirik lagu di atas ini.
Sebenarnya ia adalah lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang merupakan lagu wajib didendangkan kepada kepimpinan UMNO setiap kali mereka menghadiri kursus bagi menyemai semangat perjuangan dan cintakan negara.
Lagu itu juga bertujuan menerapkan semangat mempertahankan setiap inci hak dan kedaulatan negara daripada tergadai ke tangan asing.
Oleh kerana kepimpinan UMNO selalu disumbatkan ke telinga mereka dengan lagu tersebut tersebut, termasuk Najib Razak yang mungkin turut puluhan kali hadir dalam kursus kepimpinan UMNO atau anjuran BTN, harapan kita tentulah sedikit-sebanyak bait-bait lagu itu meresap dalam jiwa mereka.
Namun perkembangan yang berlaku dalam penyelesaian hutang 1MDB baru-baru ini jelas memperlihatkan lirik lagu tersebut sudah menjadi umpama "hampas" atau "sampah" belaka. 
Puluhan tahun menyanyi dan menghafal lagu Warisan itu, akhirnya aset dan tanah milik negara tetap tergadai juga.
Barangkali sudah sampai masanya bagi UMNO dan BTN membuang segera lagu Warisan itu dan menukarnya dengan lagu lain untuk setiap kursus anjuran mereka mulai sekarang.
Mengekalkannya lagi sudah boleh dianggap suatu penghinaan kepada lagu tersebut yang terang-terang sudah dicabuli keindahan makna dan liriknya.
Zahid Hamidi yang sedang mengendalikan kursus Keris 2314 untuk kepimpinan UMNO di seluruh negara bagi menghadapi pilihanraya akan datang mungkin patut memulakan langkah segera ke arah itu.
Pilihlah apa saja lagu lain yang sesuai, malah kalau susah sangat ambil saja lagu Putus Terpaksa yang menjadi juara Gegar Vaganza baru-baru ini. Lagi pun ramai yang "kaki karaoke"  yang sedang gila  mendendangkan lagu tersebut dalam bilik-bilik gelap ketika ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.