MSO
Bukan lelucoh tetapi ia satu kenyataan yang berlaku hari ini.
Peguam Negara Mohamad Apandi Ali telah "membebaskan" Perdana Menteri
Najib Razak daripada terlibat dengan salah laku menerima wang dana
sebanyak RM2.6 billion yang lama mengusut dalam kepala umum selama ini.
Alasan mudah yang diberikan oleh Peguam Negara untuk melepaskan Najib
dan tidak mendakwanya dengan apa-apa kesalahan di mahkamah kerana Najib
telah mengembalikan semula wang derma yang diterimanya sebanyak
AS$620.000.000 (RM2.036 billion) yang diberikan oleh seorang keluaraga
di Raja Arab Saudi.
Apandi bagaimana mengakui sebanyak AS$681 juta (RM2.08 billion) telah
didepositkan ke dalam akaun Najib antara 22 Mac 2013 dan April 2014.
Menurut Apandi, Najib tidak melakukan apa-apa
kesalahan berhubung wang berkenaan kerana telah mengembalikan semula
wang berkenaan. Dan Najib juga tidak menggunakan wang berkenaan untuk
apa-apa tujuan termasuk mempengaruhi undi bagi kemenangan BN dalam
pilihan raya yang lalu.
Jelas Peguam Negara itu berdasarkan keterangan saksi dan dokumen
dikemukakan oleh pihak SPRM juga wang itu adalah sumbangan peribadi
untuk Najib.
Sehubungan penjelasan dan perkembangan itu juga Peguam Negara
mengarahkan SPRM supaya menutup kertas siasatan ke atas Najib. Ertinya
kerja keras SPRM selama ini sehingga menimbulkan keributan berakhir
begitu sahaja tanpa membawa apa-apa kesan. Apakah SPRM pandir dalam
kerja-kerja penyiasatannya?
Sekali tenguk isu wang dana RM2.6 billion sudah selesai dan Najib
dilihat bersih tanpa terkarut (terkait) dengan apa-apa apa-apa jenayah
dengan wang berkenaan. Tetapi persoalan kini apakah sikap dan pandangan
umum berhubung kes berkenaan?
Apakah Najib dilihat bersih dan tidak ternoda dengan apa yang berlaku
itu? Bagi saya, walaupun Najib dibersihkan oleh Peguam Negara tetapi
daki-daki tanggapan kotor kepadanya tetap juga akan melekat dalam kepala
orang ramai.
Mekanisme melepaskan Najib ini akan dianggap sama dengan kes pembunuhan
Altantuya Shaarribbu yang sudah menjadi sejarah tetapi tetap
dipersoalkan hingga kini. Walaupun mahkamah sudah menjatuhkan hukuman
mati kepada mereka yang dituduh membunuh modeling Mongolia itu, tetapi
dalam kepala orang ramai masih meragui akan keadilannya, kerana beberapa
faktor lain. Antaranya ialah orang mencari apakah motif pembunuhan itu.
Biarpun mahkamah sudah melengsaikan kes itu, tetapi persepsi orang ramai
masih lekat di minda. Jenayah itu masih diperkatakan sampai kini. Dunia
masih membicarakan kes pembunuhan itu dan seolah-olah orang yang
dihukum itu masih belum terhukum.
Nah, begini juga dalam kes Najib dengan dana RM2.6 billion ini. Orang
akan bertanya dan berasa pelik kenapa kalau wang itu tidak bernajis
kenapa Najib kembalikan semula kepada penderma asalnya? Untuk apa Najib
mengembalikan wang itu sedang beliau sangat memerlukan wang demi menjaga
kuasa dan kedudukannya yang kian goyah kini?
Kalau wang itu untuk peribadinya tidak patut Najib kembalikan. Ataupun
sememangnya Najib tidak mengembalikan dan masih menggunakan wang
berkenaan? Perkara ini pun menjadi persoalan.
Penjelasan juga mungkin perlu untuk melihat sejauh mana kebenaran
didakwa oleh Peguam Negara itu, dimana wang itu dikatakan telah
dikembalikan. Sungguhkah? Penderma di Raja Arab Saudi itu perlu
menjelaskan akan perkara itu. Selagi penderma itu tidak tampil
mengiyakan apa yang didakwa Peguam Negara itu, maka tanggapan bahawa
wang itu dikembalikan boleh dipertikaikan.
Ertinya membebaskan Najib di luar mahkamah tanpa diheret di muka
pengadilan, memberi anologi cara membebaskan Najib berhubung wang
berkenaan itu persis dibuat dalam mahkamah beruk sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.