ADNAN MOHAMAD
Khaleb Khan Nasir Khan
(tengah) bersama dua pekerjanya menunjukkan peralatan vape yang kini
dijual dengan harga lebih murah di katanya di Kubang Kerian, hari ini.
Foto TRP/ Adnan Mohamad
KOTA BHARU, Pertubuhan Peniaga Vape Melayu (PPVM) Kelantan bakal menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kelantan sebelum Februari depan, dengan kehadiran dianggarkan 100,000 peniaga dan pengguna vape dari seluruh negeri.
Jurucakap Solidariti Vape Kelantan, Mohd
Khalib Khan Nasir Khan berkata, penyerahan memorandum secara aman itu
adalah bagi menyatakan bantahan peniaga dan pengguna vape terhadap
keputusan kerajaan negeri yang mengharamkan vape.
Beliau menyatakan sepucuk surat sudah
diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,
Belia dan Sukan, Datuk Abd Fattah Mahmood berkaitan penarikan balik
status haram pada 29 Disember 2015.
Katanya, surat berkenaan memohon
penarikan balik status haram kepada peniaga vape di Kelantan sehingga
penggubalan undang-undang di peringkat pusat dan kajian perubatan
dikeluarkan mengenai penggunaan Vape.
Bagaimanapun, katanya pada 31
Disember lalu, kerajaan negeri menolak permohonan surat rayuan peniaga
dan mengekalkan pengharaman perniagaan vape, selain hanya memberi tempoh
sebulan untuk mengosongkan kedai.
“Sehubungan itu, kami kini dalam proses
mengumpul maklumat dan membalas kenyataan Abd Fattah dengan membuat
injuksi mahkamah bagi menangguh keputusan pengharaman kerajaan negeri
sehingga Kerajaan Pusat menggubal akta vape di di peringkat pusat,”
katanya pada sidang media ringkas di Kubang Kerian, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Mohd Khaleb
berkata, pihaknya juga membuat satu proses undian selama 24 jam melalui
talian di laman sosial dan daripada 10,000 undian hampir 60 peratus
bersetuju agar vape tidak diharamkan.
Katanya, hanya 2.5 peratus bersetuju vape
diharamkan manakala hampir 30 peratus bersetuju kerajaan mengharamkan
juga rokok sekiranya mahu mengharamkan vape.
“Bagi golongan peniaga keputusan kerajaan
negeri yang memberi tempoh singkat amat menyukarkan peniaga untuk
`mencairkan aset’ kerana barangan jualan tidak boleh dijual dibawah
harga modal.
“Jika dilihat sekarang kami peniaga tidak
pernah membenarkan mana-mana remaja bawah 18 tahun memasuki premis
sebagai cara mengekang penjualan secara berleluasa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.