Halaman

Isnin, 4 Januari 2016

Saya spesis tepati janji kata Ahmad Zahid

Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu beliau merupakan individu yang menepati janji.

"Saya spesis berbeza. Kalau berjanji, saya menepatinya," katanya ketika memulakan ucapan pada Majlis Apresiasi Tokoh Sarjana : Penerima Anugerah Buku Negara 2015, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penghargaan daripada Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Hasan Hamzah susulan penglibatan beliau dalam pelaksanaan majlis tersebut.

Menurutnya, ahli politik terutama yang berjawatan sering dikaitkan dengan tidak mengotakan janji.

"Saya ingin merafakkan syukur kepada ALLAH kerana dalam tempoh 40 hari dari janji yang telah saya lontarkan, kita dapat bertemu lagi dalam majlis ini.

"Kerana lazimnya ahli-ahli politik, apatah lagi yang berjawatan, sering dikonotasikan sebagai mereka yang suka berjanji tapi tidak...dan jarang menepati janji," katanya.

Tambahnya, "tapi mungkin ia akan menjadikan saya spesis yang berbeza. Apabila saya berjanji, insya-ALLAH saya tepati terutamanya kepada para karyawan."

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar para karyawan di negara ini berusaha membawa industri penerbitan karya ke peringkat lebih tinggi seperti novel Harry Porter.

"Apa yang saya telah berikan dalam majlis 40 hari lalu dan saya janjikan sebanyak RM2 juta telah saya tunaikan. Cukup sampai di situ sahajalah yang dapat diberikan oleh kerajaan kecuali ada usaha-usaha yang lebih giat dari para karyawan, penerbit dan sarjana serta para novelis untuk berada di peringkat lebih tinggi.

"Insya-ALLAH kalau kesungguhan ini diperlihatkan, selagi saya diberikan amanah oleh ALLAH dan diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Najib (Tun Razak), insya-ALLAH saya akan gandakan peruntukan," katanya yang disambut tepukan gemuruh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.